Pertandingan Mewarna
Sedang berlangsung /live update
Tarikh:
26.07.2017 , Rabu
Nama aktiviti:
Pertandingan Mewarna
suasana pertandingan mewarna di CDeC |
1. Meningkatkan tumpuan
Mewarna melatih individu memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan kayu warna dan tugasnya dalam menyiapkan karyanya di atas kertas itu.
2. Menajamkan kemahiran motor kasar
Aktiviti ini memerlukan individu untuk menyelaras mata dan pergerakan tangan. Mereka dapat belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakan dengan cara mewarna tanpa melampaui garis.
Tekun, masing-masing sedang fokus |
Imej yang digariskan menyediakan skop yang cukup untuk individu berfikir tentang kombinasi warna yang dia gunakan untuk mencantikkan gambar yang sedang diwarnakan. Dia berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya.
4. Bertenang
Aktiviti mewarna boleh menjadikan individu belajar bertenang dan melupakan aktiviti fizikalnya yang cukup aktif. Dia juga belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan karyanya. Ini juga masa untuk anda duduk bersama berbincang tentang objek yang sedang diwarnainya.
Comments
Post a Comment